fbpx

Pekin Ibrahim hanya duta, bukan pemilik sebenar GR Yaris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pemilik Toyota GR Yaris Kansai mendedahkan pelakon Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar kenderaan itu yang mengalami kemalangan teruk (total loss), baru-baru ini.

Menurut individu terbabit bernama Asnina Muhammad, Pekin atau nama sebenarnya, Mohd. Iznan Ibrahim hanya bertindak selaku duta yang mempromosi syarikat D One Motorsports Sdn. Bhd.

“Saya adalah pengarah syarikat D One Motorsports dan merupakan pemilik kenderaan itu.

“Tiada sebarang pembayaran wang tempahan dan juga tiada sebarang pembayaran deposit daripada Pekin.

“Tiada sebarang dokumen yang diberikan olehnya untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian kereta,” katanya Asnina dalam satu kenyataan rasmi dalam Instagram.

Kata Asnina lagi, Pekin hanya menunjukkan minat untuk membeli kenderaan itu sahaja.

“Segala kos daripada proses pembelian kenderaan, servis di Kansai Service dan pembiayaan duta ke Jepun ditanggung oleh pihak kami,” katanya lagi.

Menerusi kenyataan terbabit, Asnina turut menyertakan geran kenderaan sebagai bukti kereta terbabit adalah miliknya.

Terdahulu, kereta itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putra Height, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam kejadian tempoh hari, kereta dipandu rakan Pekin bernama Amirul dan turut dinaiki oleh dua individu dikenali sebagai Arif dan Faiz namun tiada sebarang kehilangan nyawa direkodkan.

Media difahamkan, kereta terbabit yang dibuat khas untuk Pekin turut mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia seminggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI