fbpx

MPK bakal jadi Majlis Bandaraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tiga kanan) menyampaikan bantuan kepada wakil Persatuan Bomba Sukarela Pulau Ketam ketika lawatan kerjanya hari ini. FOTO: Saddam Yusoff

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) bakal menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) keempat bergelar Majlis Bandaraya di Selangor.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, pihaknya dalam peringkat penelitian akhir selepas menerima permohonan daripada kerajaan negeri dan MPK berhubung penaiktarafan tersebut.

“Di Selangor, setakat ini telah mempunyai tiga PBT yang bergelar Majlis Bandaraya iaitu Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang.

“Tunggu sabar sikit, bagi saya sedikit masa uruskan. Maka tidak lama lagi saya datang lagi ke Klang dan cuba membawa berita baik. Tunggu masa sesuai sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja di Kampung Baru Cina di Pulau Ketam, hari ini.

Kata beliau, kementeriannya juga mempunyai garis perancangan khas bagi Klang selepas bandar tersebut adalah antara sembilan Bandar Diraja selain Kuala Kangsar di Perak, Muar di Johor dan Arau bagi negeri Perlis.

Jelas Kor Ming, Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja juga telah diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mei lalu dan hanya menunggu untuk dipersembahkan sebagai kertas pemakluman kepada Majlis Raja-Raja. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI