fbpx

KPDN patahkan aktiviti penyelewengan 19,485 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN memeriksa 'skid tank' berisi diesel yang disyaki cuba diseleweng di sebuah stor di Sungai Petani, Kedah semalam.

SUNGAI PETANI – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas sebanyak 19,485 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perusahaan Sungai Lalang, di sini semalam.

Serbuan Ops Tiris itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang berdasarkan sumber risikan KPDN negeri.

Pengarah KPDN negeri, Affendi Rajini Kanth berkata, semasa serbuan dilakukan, pagar stor tersebut didapati berkunci dan tidak berpenghuni.

Katanya, hasil pemeriksaan menjumpai tujuh unit tangki intermediate bulk container (IBC) dan 1 unit ‘skid tank’ berisi 19,485 liter minyak disyaki diesel

“Kita turut menemui peralatan lain yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan diesel tersebut.

“Anggaran nilai rampasan diesel dianggarkan berjumlah RM41,892.75, manakala jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM65,842.75,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN ingin memberi amaran keras dan menegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang kawalan ini,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil termasuk mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI