PETALING JAYA – Sebuah kedai roti di Sri Petaling menjadi bualan selepas tular gambar peniaganya yang kelihatan cantik dan seksi.
Menerusi beberapa perkongsian tular di Facebook, peniaga wanita itu kelihatan tekun menyiapkan beberapa jenis roti dan kecantikannya menjadi sebutan para pelanggan.
Sementara itu, seorang individu tampil berkongsi cerita dimana wanita tersebut nekad membuka perniagaan kedai roti disebabkan tidak mendapat tawaran pekerjaan selepas tamat pengajian di sebuah universiti.
Pada masa sama, menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh menyamakan situasi tersebut seperti di negara jiran.
“Sama macam peniaga-peniaga di Thailand, wanita cantik, muda, seksi rajin berniaga, jadi tarikan di kedai,” kata seorang pengguna Facebook.
“Lepas ni makin ramai golongan suami, bujang, duda nak beli roti untuk anak bini, jaga-jaga,” perlu pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE