fbpx

Isteri koyak kemaluan suami dituduh curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas serangan tersebut. - The Sun

PARIS – Seorang wanita bertindak merobek sebahagian kemaluan suaminya dalam satu pertengkaran di Perancis, lapor akhbar The Sun.

Wanita berusia 36 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan mencengkam sebelum mengoyakkan kemaluan lelaki itu ketika mereka bergaduh.

Akhbar La Depeche melaporkan, suaminya yang berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital oleh perkhidmatan kecemasan selepas kulit zakarnya tanggal. 

Pergaduhan tercetus sekitar tengah malam Isnin lalu di rumah pasangan tersebut di kampung Portet-sur-Garonne, dekat bandar Toulouse.

Mereka mula bertengkar selepas wanita itu mendakwa suaminya curang ketika menghadiri sebuah parti pada malam sebelumnya.

Pertengkaran bertukar lebih ganas selepas kemauan lelaki itu cedera.

Apabila ambulans tiba di lokasi kejadian, lelaki itu masih sedar tetapi dalam kesakitan. 

Wanita itu ditahan selama dua hari oleh polis selepas serangan itu. Kes tersebut masih dalam siasatan. 

Lelaki berusia 45 tahun itu juga diletakkan dalam tahanan polis kerana disyaki melakukan keganasan terhadap isterinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI