fbpx

Indonesia siasat data peribadi visa 9 juta rakyat asing bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 13 Februari 2020 menunjukkan pelancong asing memohon lanjutan visa di sebuah pejabat imigresen di Jimbaran, Pulau Bali. – AFP

JAKARTA – Kementerian Komunikasi dan Maklumat menyiasat dakwaan kebocoran data melibatkan 9 juta visa milik warga asing yang memasuki Indonesia, lapor laman berita vnexpress kelmarin.

Tindakan itu dilakukan selepas seorang penggodam disyaki menjual data mengandungi visa warga asing untuk mema­suki Indonesia yang dikeluarkan oleh Direktorat Jenderal Imigrasi Indonesia.

Ketua pengarah maklumat dan komunikasi awam di Kementerian Komunikasi dan Maklumat, Usman Kansong berkata, pihaknya masih memeriksa maklumat tersebut.

Pada minggu lalu, Indonesia turut melancarkan siasatan selepas seorang pengamal ke­selamatan siber mendedahkan bahawa maklumat peribadi dalam 34 juta pasport Indonesia didakwa telah dibocorkan dan diniagakan.

Maklumat dalam pasport yang dibocorkan itu termasuk nombor pendaftaran pasport dan tarikh sah, nama penuh pemegang pasport, tarikh lahir serta jantina.

Data tersebut didakwa dijual pada harga AS$10,000 (RM46,150).

Sejak tahun 2016, Indonesia menggugurkan keperluan visa untuk pelancong dari 169 negara termasuk 10 anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Bagaimanapun, negara kepulauan itu menamatkan kemasukan bebas visa kepada rakyat di lebih 159 negara dan wilayah di luar ASEAN kerana bimbang mengenai ‘gangguan ketenteraman awam’ dan potensi penyebaran wabak penyakit’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI