fbpx

Ibu tunggal jual nasi lemak, nasi minyak cuma RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haslinda (kiri) menjual nasi lemak dan nasi minyak berharga RM1 di Pantai Kelulut, Marang semalam.

MARANG – Sebuah gerai makan diusahakan seorang ibu tunggal dua anak menjadi tumpuan ramai kerana menjual nasi lemak dan nasi minyak pada harga cuma RM1 sebungkus di Pantai Kelulut di sini.

Haslinda Abdul Jalil, 48, berkata, dia mula membuka nasi lemak dan nasi minyak RM1 tersebut sejak setahun lalu.

“Walaupun kos bahan mentah semakin meningkat, jualan nasi lemak dan nasi minyak RM1 itu masih memadai buat saya besarkan dua anak berusia 7 dan 11 tahun.

“Selain mencari rezeki dengan berniaga, niat saya agar golo­ngan kurang berkemampuan dan ramai anak seperti saya mampu menikmati sarapan untuk seisi keluarga,” katanya ketika ditemui di gerainya di Pantai Kelulut di sini semalam.

Haslinda yang berniaga bermula pukul 7.30 pagi setiap hari kecuali Ahad berkata, walaupun berharga RM1, sebungkus nasi lemak dan nasi minyak jualannya cukup untuk mengenyangkan.

Dia yang menetap di Kampung Rhu Muda di sini berkata, dia mampu menjual 300 bungkus nasi lemak dan 50 bungkus nasi minyak setiap hari.

“Mula-mula berniaga kira-kira setahun lalu, cuma 30 bungkus nasi lemak terjual. Lauk pun dua jenis sahaja iaitu telur ayam dan ikan aye.

“Kini sudah ada 12 pilihan lauk seperti sambal kerang, udang, sotong dan ayam,” katanya.

Halinda bersyukur nasi lemak dan nasi minyak jualannya bia­sanya laris dijual dalam tempoh kurang tiga jam selepas bero­perasi,” jelasnya.

Katanya lagi, tempahan akan lagi banyak ketika cuti sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI