fbpx

Ibu sedih lima hari, bakat Bell Ngasri dihargai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bell sebak ketika menceritakan kisah ibunya.

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri berkongsi momen dimana ibunya bersedih selama lima hari selepas mengetahui anaknya itu tersenarai sebagai calon akhir dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 2023.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, ibunya berulang kali bertanya sama ada betul berita yang diterimanya itu dan sebak akhirnya setelah lebih 10 tahun anaknya terlibat dalam industri seni ini, baru kali pertama diangkat sedemikian.

“Mama jangan sedih-sedih sebab saya tahu dia terlalu fikirkan kisah sewaktu dia angkut anak-anak dia (ke industri seni).

“Tenang la mama, jangan fikir sangat. Ini semua benda-benda kecil (anugerah). Bintang popular kah, tak popular kah, jangn fikir-fikir.

“Kita sampai satu tahap tak pernah fikir (tercalon anugerah). Alhamdulillah,” katanya menerusi satu sesi temu bual bersama stesen radio hari ini.

Bercerita lanjut, Bell meluahkan dia sememangnya sudah merasa puas apabila dia mampu menyara keluarga dan adik-beradik yang lain untuk berjaya seperti sekarang meskipun tidak pernah memenangi apa-apa anugerah sepanjang kariernya.

“Ia dah ada sampai tahap macam ini pun, saya ‘okey’, termasuk adik-beradik saya lebih-lebih lagi seangkat seperti Darling, Anne.

“Pernah satau tahap kita berlakon hanya untuk menyara hidup. Alhamdulillah saya boleh menyara adik-adik saya dan kata mereka semua dah berjaya, alhamdulillah dah cukup dah bagi saya,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI