PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataannya di Facebook berkata, beberapa kawasan di Selangor dan Johor, antara yang diramal mengalami cuaca buruk berkenaan.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor meliputi Klang, Kuala Langat dan Sepang.
“Sementara di Johor, kawasan terlibat adalah di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Di Wilayah Persekutuan Putrajaya pula, cuaca buruk sama diramal melanda seluruh kawasan,” kata kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE