fbpx

Henderson hadapi dilema buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Jordan Henderson kini berada dalam situasi dilema sama ada mahu kekal di Anfield atau pun menerima tawaran Al-Ettifaq untuk sertai Steven Gerrard di sai­ngan Liga Profesional Arab Saudi.

Walaupun pengendali The Reds, Jurgen Klopp menagih pe­ngalamannya untuk terus kekal bersama pasukan itu, Henderson juga berdepan risiko hilang tempat dalam kesebelasan utama.

Ini kerana, The Reds sudah pun menambah dua pemain berprofil tinggi, Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai, malah Trent Alexander-Arnold juga cemerlang beraksi di posisi tengah.

Henderson masih memiliki kontrak dua tahun dengan Liverpool, namun ketika ini Klopp sedang melakukan rombakan di bahagian tengah pasukan termasuk melepaskan beberapa pemain seperti James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain

Laporan menyebut pemain berusia 33 tahun itu sedang mempertimbangkan masa depannya sama ada menerima tawaran mewah ke Timur Tengah atau kekal di Anfield, kelab yang diwakilinya sejak 2011.

Ketika ini, Roberto Firmino sudah pun sah akan beraksi di Arab Saudi apabila menerima tawaran Al-Ahli dan seorang lagi pemain Liverpool, Thiago Alcantara mungkin turut melebarkan ka­riernya di negara Arab berke­naan.

Sejak menyarung jersi The Reds, Henderson melakukan 492 penampilan dan mula menggalas tanggungjawab sebagai kapten pada 2015 selepas ketiadaan Gerrard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI