fbpx

Empat sekeluarga nyaris rentung insiden rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat sekeluarga serta seorang anggota bomba dikejarkan ke hospital dalam kejadian kebakaran rumah teres di Jalan SE Utama, Taman Samudera Teres, Gombak, tengah malam tadi.

GOMBAK -Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dalam insiden kebakaran rumah teres di Jalan SE Utama, Taman Samudera Teres, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, seorang anggota bomba turut dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas ketika operasi menyelamat berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 11.55 malam.

Katanya, seramai 20 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, 50 peratus rumah itu terbakar dan mengakibatkan empat individu termasuk anggota BBP Selayang sesak nafas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, seorang kanak-kanak perempuan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Turut dihantar ke hospital dengan ambulans adalah anggota terbabit, namun semua mangsa kini dilapor stabil.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI