fbpx

Elaun RM800 untuk pelajar praktikal di GLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kumpulan pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka menerima ‘elaun perantisan’ dengan angka minimun sebanyak RM800 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dibuat bagi mengurangkan beban ditanggung pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan selain bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.

“Ia melibatkan semua pelajar di GLC,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan di sini tadi.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyeru kepada syarikat swasta mempertimbangkan langkah sama terhadap pelajar yang menjalani latihan industri di tempat mereka.

Sebelum ini, isu bayaran pelajar praktikal menjadi polemik susulan laporan mengenai seorang penuntut universiti awam menyuarakan kebimbangan untuk bertahan sepanjang menjalani latihan industri.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan akan meneliti isu bayaran atau elaun rendah kepada pelajar IPT yang menjalani latihan industri.

Menurut Menterinya, V. Sivakumar, secara prinsipalnya, beliau tidak bersetuju dengan situasi berkenaan dan akan memberi perhatian serius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI