fbpx

Dua remaja perempuan tunggang motosikal ala ‘Superman’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar aksi wanita yang menunggang motosikal secara berbahaya di Kilometer 375.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tanjung Malim yang tular di media sosial.

TANJUNG MALAIM – Aksi ‘Superman’ dua remaja perempuan menunggang secara berbahaya dengan meniarap di atas motosikal di Lebuh Raya Utara-Selatan mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Ia susulan tular rakaman video berdurasi 45 saat yang memaparkan kedua-dua penunggang motosikal meluruskan kaki ke belakang dan aksi berbahaya zig zag di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, remaja berusia 18 dan 21 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim pada pukul 9.10 malam.

“Berdasarkan siasatan, kejadian di Kilometer 375.9 arah utara itu berlaku Ahad lalu. Ketika kejadian, kedua-dua penunggang motosikal itu dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Apabila tiba di kawasan rehat dan rawat Behrang, mereka telah menunggang motosikal secara berbahaya dan melulu dengan aksi Superman dan zig zag,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan semakan, kedua-dua suspek yang berasal dari Pulau Indah, Selangor itu bekerja sebagai operator platform e-dagang dan pengasuh bayi tidak mempunyai lesen dan rekod jenayah.

“Tindakan saman turut dikenakan ke atas mereka atas kesalahan tiada lesen dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI