fbpx

Che Puan Khaleeda lawat Bella selepas pindah Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Puan Besar Khaleeda ketika meraikan Bella dan rakan-rakan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam meluangkan masa melawat remaja sindrom down, Bella bersama rakan-rakannya hari ini.

Che Puan Besar Khaleeda dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, ia merupakan tanda penghargaan terhadap pihak yang terlibat dalam menyelesaikan kes Bella.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan perkara ini khususnya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Puan Hajah Khairin-Nisa Ismail. Semoga Allah memberkati Johor,” katanya hari ini.

Beliau turut menyampaikan buah tangan sebuah kek animasi Frozen bagi menggembirakan hati Bella dan kanak-kanak di situ.

“Sekarang adik Bella sudah dipindahkan ke Johor Bahru dan sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu,” jelasnya.

Terdahulu, Che Puan Besar Khaleeda memaklumkan beliau siap sedia menuntut keadilan yang sewajarnya untuk Bella selepas remaja itu telah menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan sehingga menyebabkan mengalami kecederaan fizikal dan emosi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI