fbpx

Baddrol cari ‘angin’ baharu, berpisah dengan Sabah FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baddrol merupakan watak penting buat skuad The Rhinos selaku kapten pasukan sejak musim lalu. - Foto ihsan Facebook Sabah FC

PETALING JAYA – Bekas pemain tengah skuad Harimau Malaya, Baddrol Bakthiar membuat keputusan mengejut apabila ‘berpisah’ dengan Sabah FC pada jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) kali ini.

Menurut kenyataan oleh pengurusan The Rhinos, pemain berusia 35 tahun yang juga kapten pasukan telah mengambil keputusan atas persetujuan bersama atas sebab yang akan diumumkan secara peribadi dalam masa terdekat.

“Beliau akan sentiasa menjadi legenda di Sabah FC. Segala komitmen, dedikasi, semangat dan motivasi yang diberikan sepanjang bermain bersama Sabah FC dan seterusnya menerajui Sabah ke Piala AFC 2023 akan sentiasa dikenang.

“Dengan keseluruhan 41 penampilan dan 13 gol, tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin. Nama Baddrol Bakhtiar juga akan terpahat sebagai legenda di arena bola sepak Malaysia.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Kami sentiasa mengalu-alukan Baddrol Bakhtiar kembali ke Sabah FC sebagai keluarga pada masa hadapan,” kata kenyataan yang dikeluarkan Sabah FC sebentar tadi,

Baddrol berhijrah sertai Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee pada musim lalu selepas 15 tahun menabur bakti bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum kontraknya berakhir pada penghujung 2021.

Spekulasi bertiup kencang apabila difahamkan Baddrol mempertimbangkan keputusan untuk bersara selepas mendapat tawaran untuk menjadi ahli politik pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, segalanya akan diumumkan secara rasmi oleh Baddrol dalam sidang media khas yang akan dilakukan tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI