fbpx

Azeem tamatkan larian kelima terbaik Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM menamatkan saingan Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand dikedudukan kelima terbaik. - IG AZEEM FAHMI

PETALING JAYA –  Impian bintang pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi untuk menaiki podium acara 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand tidak kesampaian selepas menamatkan larian kelima terpantas pada saingan itu sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional tersebut, Azeem yang memulakan larian dilorong ketujuh bermula dengan baik namun, terpaksa akur dengan kepantasan yang dimiliki pelari Jepun, Hiroki Yanagita yang mengungguli aksi final tersebut.

Azeem akur dengan keputusan itu selepas menamatkan larian dengan catatan 10.25 saat (s) dan sedikit jauh dengan rekod kebangsaan dipegangnya 10.09s.

AZEEM sewaktu ingin memulakan larian dalam acara 100m di Bangkok, Thailand.

Hiroki muncul juara catatan 10.02s sekali gus mencipta rekod peribadi (PB) baharu di Bangkok serta memadam rekod lamanya 10.10s pada Julai lalu di Jepun.

Pelari dari Arab Saudi, Abdullah Abkar memastikan pingat perak menjadi miliknya selepas menamatkan larian dengan catatan 10.19s dan gangsa pula menjadi milik Hassan Taftian dari Iran (10.23s).

Keputusan akhir 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand.

Sementara itu, seorang lagi pelari negara, Khairul Hafizh Jantan gagal melepasi ke pentas final 100m apabila menamatkan perlumbaan separuh akhir di saringan kedua dikedudukan keenam terpantas dengan catatan masa 10.50s. 

Dalam pada itu, wakil negara dalam acara 100m wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli terkandas di separuh akhir selepas melengkapkan saringan kedua separuh akhir di tempat kelima dengan catatan 11.67s dan kesembilan secara keseluruhan. -KOSMO! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI