fbpx

Ajaran sesat Si Hulk aktif di Merlimau, remaja jadi pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL HALIM tawil ketika ditemui pemberita pada Program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Ajaran sesat Si Hulk dikesan masih aktif di beberapa lokasi di Merlimau dengan melibatkan pengikut dalam kalangan remaja.

Perkara itu didedahkan Mufti negeri, Datuk Abdul Halim Tawil yang memberitahu kini kumpulan tersebut sedang dipantau oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melibatkan semua platform termasuk media sosial.

Ujarnya, selain daripada penguatkuasaan, individu terlibat dikesan menerusi laporan dibuat oleh ahli keluarga yang bimbang dengan perbuatan menyeleweng daripada akidah.

“Kita kesan ada beberapa lokasi di Merlimau dan dalam pemantauan melibatkan remaja dan dewasa.

“Pemantauan termasuklah di media sosial dan sebagainya atau laporan daripada ahli keluarga mereka sendiri yang melaporkan tentang penglibatan anak-anak atau suami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad sempena sambutan Maal Hijrah di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Turut hadir pada program itu adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mendedahkan jumlah sebenar pengikut ajaran tersebut mahupun latar belakang mereka.

“Saya tak boleh sebutlah berapa (jumlah) tetapi dah ada dalam pemantauan dan telah dikenal pasti kumpulannya.

“Kita sedang siasat dia punya rantaian tu, benda ini berantai dan masih aktif, iya lah benda ini bersifat underground dan memang mereka tidak akan menzahirkan kegiatan tersebut. Kita harus melihat dan menyelidik,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI