fbpx

Ahli Dewan Diraja Selangor gesa Sanusi mohon maaf secara terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emran (tengah) dan empat Ahli Dewan DiRaja Selangor menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Ahli Dewan DiRaja Selangor menuntut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor segera membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Gesaan itu dibuat lima ahlinya iaitu, Tan Sri Ambrin Buang; Datuk Emran Kadir; Datuk Mohammad Adzib Mohd. Isa; Tan Sri Mohd. Zawawi Saleh dan Datuk Seri Mohammed Khusrin Munawi selepas tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di sini, kira-kira pukul 3 petang tadi.

Emran berkata, kenyataan Muhammad Sanusi disifatkan satu penghinaan kepada institusi Diraja Selangor kerana melibatkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang seolah-olah tidak wajar atau tepat.

Tegas beliau, Sultan Selangor boleh melantik sesiapa sahaja menjadi Menteri Besar asalkan pemimpin itu mendapat majoriti tertinggi undi dan mengikuti Perlembagaan.

“Justeru itu, keputusan baginda adalah tepat dan tidak boleh dipersoalkan oleh beliau (Sanusi).

“Kenyataan itu seperti Menteri Besar yang dilantik baginda tidak layak sekali gus menghina institusi Diraja Selangor dan beliau perlu segera memohon maaf secara terbuka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Emran, pihaknya mahu Muhammad Sanusi membuat permohonan terbuka kerana kenyataan dibuat itu juga secara terbuka.

“Beliau boleh membuat kenyataan apa-apa namun bukannya berkaitan institusi Diraja negeri lain. Kami mahu dia memohon maaf secepat mungkin kerana perkara ini sudah tersebar luas,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI