fbpx

7 individu ditahan sindiket duti kereta mewah elak cukai RM33 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan oleh SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai tujuh individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah sehingga menyebabkan ketirisan cukai kastam berjumlah kira-kira RM33 juta.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30an hingga 60an itu telah ditahan di Pejabat SPRM Kedah antara pukul 5 petang hingga 10.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sumber berkata, ke semua suspek yang merupakan ejen kastam dipercayai bersubahat bersama pemilik kereta terlibat mengemukakan dokumen mempunyai maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam sedangkan kenderaan tersebut tidak layak menerimanya.

“Difahamkan, dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Operasi Khas tersebut, SPRM juga telah membuat serbuan di beberapa premis perniagaan, pejabat agensi kerajaan serta kediaman di sekitar Lembah Klang, Kedah, Johor, Perak dan Sabah,” katanya di sini hari ini.

Susulan penahanan tersebut, Majistret Nurshahida Abdul Rahim telah membenarkan kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI