fbpx

4 ‘scammer’ warga Singapura ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menunjukkan tiga suspek warga Singapura yang merupakan ahli sindiket penipuan 'Job Scam' yang berjaya ditangkap. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Empat warga Singapura termasuk seorang wanita yang menjadikan sebuah rumah di Taman Perling di sini sebagai pusat operasi ‘scammer’ ditahan polis, bulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berusia 27 hingga 40 tahun itu ditahan dalam opeasi menerusi kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Kontinjen Johor serta Polis Singapura.

Menurut beliau, sindiket yang beroperasi sejak dua bulan lalu itu menyasarkan warga Singapura yang mahu mencari pekerjaan di republik berkenaan.

“Sindiket yang menawarkan peluang pekerjaan tidak wujud itu memperdaya seramai 59 mangsa melibatkan kerugian berjumlah SGD2.9 juta atau hampir RM10 juta.

“Siasatan mendapati sindiket tidak menyasarkan orang Malaysia dan mereka tidak menggunakan akaun bank atau nombor telefon yang berdaftar di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK), di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, sindiket itu dipercayai beroperasi di negara ini bagi mengaburi pihak berkuasa republik berkenaan.

“Tiga suspek lelaki diserah kepada Polis Singapura pada 30 Jun lalu, manakala suspek wanita pula diserahkan pada 5 Julai setelah tindakan diambil mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen,” jelasnya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Kamarul Zaman memberitahu, pihaknya menahan 15 ahli kumpulan ah long di bawah nama Ah Hao semalam selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pinjaman wang tanpa lesen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI