fbpx

3R: Kertas siasatan Sanusi, Guan Eng, Abdul Hadi sedang dilengkapkan -KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi, Guan Eng, Sanusi

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, kertas siasatan ketiga-tiga tokoh politik berkenaan hampir dilengkapkan selepas didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu 3R (raja,agama,bangsa) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Muhammad Sanusi di sebuah hotel di Bangsar, awal pagi tadi.

Kata beliau, pihak polis turut merakam percakapan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hari ini di Pulau Pinang.

“Kita juga telah mengambil keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 3.30 petang, semalam di pejabatnya di Jalan Raja Laut.

“Kertas siasatan ketiga-tiga ahli politik ini sedang dilengkapkan sebelum dihantar ke pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya Isnin ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis mengesahkan membuka siasatan terhadap Muhammad Sanusi berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor dengan mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar.

Selain itu, Abdul Hadi turut disiasat berkaitan kenyataan yang mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara Barat.

Kenyataan tersebut dipercayai dilakukan melalui hantaran dalam Facebook Abdul Hadi dimuat naik pada 8 Julai lalu.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut disiasat selepas mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI