PELAKON Yasmin Hani Richardson kebelakangan ini kerap menjadi bualan, terutama membabitkan percintaannya dengan aktor Alif Hadi.
Selepas meraikan sambutan hari lahir, nama pengacara itu kembali disebut-sebut apabila tampil menggayakan baju mandi berona ungu seperti yang ditayang dalam Instagramnya.
Biarpun dipadankan dengan jaket labuh dan berseluar pendek, gaya wanita berstatus ibu tunggal itu tetap menuai kecaman.
Rata-rata berpendapat, Yasmin jauh menyimpang daripada identiti wanita Islam yang sepatutnya memelihara kesopanan, berbanding menyerlahkan aset tubuh sebegitu.
“Bila Allah memberi nikmat usia yang panjang, sepatutnya kita mensyukuri nikmat itu untuk belajar menutup aurat dengan lebih sopan.
“Cantik di mata manusia tetapi tidak pada Ilahi. Malu jika dicabut nyawa oleh malaikat tidak sempat menutup aurat,” kata netizen.
Mizz Lahar harap tiada orang yang menghamburkan caci maki. Nak menegur biar dengan cara berhemah sebab Yasmin bukan budak-budak.
Mizz Lahar: Pening tengok perangai artis yang baru saja buka tudung terus pakai baju seksi-seksi!