fbpx

Tambahan 200 lesen PSV percuma pemandu bas pantai timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony ( tiga kiri) menunjukkan isyarat bagus selepas melancarkan Perkhidmatan Bas Berkapasiti Tinggi Ekspres Mutiara, hari ini. Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kerajaan menambah 200 lagi Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) percuma kepada pemandu bas di negeri pantai timur menerusi program MyPSV.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penambahan terbaharu itu dilakukan bagi memenuhi permintaan tinggi pemandu bagi negeri-negeri tersebut.

Katanya, beliau mengakui jumlah 500 lesen PSV yang disediakan kepada golongan itu sebelum ini masih tidak mencukupi.

“Namun, kita guna saluran menerusi salah satu agensi di bawah kementerian untuk mendapatkan peruntukan menambah lesen PSV percuma tersebut.

“Kos itu diperoleh menerusi lebihan dan faedah simpanan bank yang boleh disalurkan bagi memanfaatkan pelaksanaan program MyPSV,” katanya selepas melancarkan Perkhidmatan Bas Berkapasiti Tinggi Ekspres Mutiara di Ibu Pejabat Scania di sini, hari ini.

Kementerian Pengangkutan pada 3 Julai lalu melancarkan program MyPSV dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan lesen PSV percuma.

Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM2 juta di bawah inisiatif Belanjawan Madani 2023 yang akan memanfaatkan 4,000 calon merangkumi 3,500 orang bagi e-panggilan atau teksi dan 500 untuk bas.

Jelas Siew Fook, program itu berjalan lancar dan kementerian akan sentiasa menambah baiknya secara berperingkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI