fbpx

[VIDEO] Sheikh Muszaphar timang bayi ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina bersama bayi ketujuh mereka yang dilahirkan, semalam.

PETALING JAYA – Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, menimang cahaya mata ketujuh selepas isterinya, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos, selamat melahirkan bayi lelaki mereka, semalam.

Berita itu dikongsikan oleh Dr. Sheikh Muszaphar menerusi hantaran di Instagram yang memaklumkan, bayinya dilahirkan di sebuah hospital swasta di Damansara dengan berat 2.98 kilogram (kg) serta ukuran 51 sentimeter (cm).

“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, minum susu badan. Alhamdulillah syukur sangat. Terima kasih semua atas doanya,” katanya menerusi hantaran video, semalam.

Dalam hantaran seterusnya, beliau memaklumkan telah memilih nama untuk bayi lelaki mereka.

“Nama sudah dipilih, demi cinta kepada nabi terakhir kita. Tapi anak-anak mahukan nama lain. Noah nak Ibrahim, Tasha nak Isaac. Adam nak Adam Junior, manakala Eusoff dan Emelia tidak kisah. Hanya Bella saja setuju dengan nama tu.

“Setiap mereka ada pendapat berbeza. Mari kita panggil dia ‘little’ Sheikh buat masa ini anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan enam anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia dilahirkan pada November 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI