fbpx

Selawat 1,000 kali amalan pelajar cemerlang STPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Izham (tengah) bergambar dengan rakan-rakannya yang juga cemerlang dari Langkawi pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2022 peringkat negeri Kedah di Sekolah Menengah Baling, hari ini.

BALING – Amalan solat dan selawat sebanyak 1,000 kali setiap hari serta melipat ganda usaha sehingga 200 peratus antara tips calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Langkawi mendapat kejayaan cemerlang.

Hamidah Bahari, 20, dari Sekolah Menengah Tunku Putera, Langkawi berkata, dia banyak memberi tumpuan ketika cikgu mengajar dan sentiasa mengambil tempat di hadapan kelas.

“Saya sentiasa mahu berada di hadapan 9dalam kelas) ketika cikgu mengajar dan memberi tumpuan penuh, tidak buat perkara lain sehingga cikgu habis mengajar.

“Apabila pulang ke rumah, saya akan mengulangkaji pelajaran dan paling penting saya tidak tinggalkan solat, solat Dhuha, solat tahajud dan selawat 1,000 kali sehari. Itu adalah tips yang saya dapat dan amalkan setiap hari,” kata Hamidah.

Menurutnya, amalan yang dilakukan dengan penuh ketekunan dan sentiasa berdoa mahukan kejayaan cemerlang dalam STPM. Ia terbukti apabila dia memperoleh keputusan 4.0.

Hamidah juga menjadi harapan keluarga untuk dijadikan contoh kepada ahli keluarga yang lain kerana bapanya merupakan seorang penoreh getah.

Rakannya, Mohamad Izham Zulkifli, 20, dari Sekolah Menengah Mahsuri Langkawi, pula berkata, dia tekad belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM.

“Saya ikut apa yang cikgu cakap, sekiranya ada latihan yang cikgu beri saya akan buat, tetapi saya tidak boleh mengharapkan sepenuhnya daripada cikgu. Saya perlu belajar bersungguh-sungguh.

“Kejayaan abang memberi inspirasi dan semangat kepada saya untuk terus belajar tanpa rasa jemu dan sentiasa berdoa kepada Allah. Hari ini saya tidak menyangka berjaya memperoleh apa yang saya impikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI