fbpx

Razarudin menghadap Agong buat pertama kali sebagai KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini.

Menerusi hantaran Istana Negara di akaun rasmi Facebook, beberapa keping gambar dimuat naik memaparkan pertemuan tersebut.

Majlis mengadap itu adalah yang pertama oleh Razarudin sejak dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 22 Jun lalu.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa 23 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI