fbpx

Qistina Raisah dibuang sekolah semasa darjah 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QISTINA RAISAH

KUALA LUMPUR – Akibat sering ponteng, pelakon remaja Qistina Raisah mengakui dibuang sekolah seawal usia tujuh tahun, sewaktu berada dalam darjah satu.

Ujar Qistina atau nama lengkapnya Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri, dia hanya sempat menghadirkan diri ke sekolah selama 10 hari, sebelum dibuang atas alasan kerap tidak hadir ke sekolah.

“Saya memang tidak ada pengalaman duduk di kantin sekolah. Sebab saya hanya pernah pergi ke sekolah selama 10 hari sahaja ketika darjah satu.

“Selepas itu saya dibuang sekolah sebab selalu tak datang,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Kata pelakon yang kini berusia 14 tahun itu, dia banyak kali tidak dapat hadir ke sekolah kerana terlalu sibuk menjalani penggambaran drama dan beberapa program televisyen lain.

“Saya banyak tidak datang sekolah sebab terlalu sibuk dengan penggambaran drama termasuk beberapa program televisyen,” katanya.

Sejak dibuang sekolah ketika berusia tujuh tahun, anak bongsu daripada lima orang adik-beradik itu mula mendapatkan pendidikan di rumah (homeschooling).

“Jadi saya hanya belajar di rumah sejak berusia tujuh tahun lagi sampai sekarang,” jelasnya.

Ketika darjah enam (12 tahun), Qistina pernah cuba sekali lagi untuk mendaftar masuk ke sekolah bagi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), namun pandemik Covid-19 pula melanda.

“Saya daftar sekali lagi masuk ke sekolah ketika berusia 12 tahun (darjah enam) untuk menduduki (UPSR), tapi PKP (Perintah Kawalan pergerakan) pula.

“Selepas itu saya dapat ‘job’ ke Itali untuk penggambaran bersama Zul Ariffin dan Neelofa. Cikgu pula ingat saya pergi bercuti, kena buang terus (lagi sekali),” katanya.

Selain mempelajari subjek asas, pelakon drama Camelia itu juga mengikuti kelas bahasa seperti bahasa Mandarin dan juga muzik (gitar), selain akan mendaftar kelas menembak pada masa akan datang.

“Cikgu akan datang ke rumah mengikut jadual saya. Satu sesi akan mengambil masa antara empat hingga ke lima jam,” katanya.

Bercakap tentang masa depan dan impian apabila memilih untuk bekerja pada usia muda, Qistina yang ditemui sewaktu sidang media filem Rahsia di Dedi Cinema, Pavilion percaya bahawa perjalanan hidup dan rezekinya sudah diatur Allah SWT.

“Saya memang teringin untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara. Tetapi itu impian ketika kecil.

“Apabila sudah semakin dewasa, saya mula sedar bahawa Tuihan sudah menetapkan tanggungjawab (bekerja) saya begini.

“Ada orang sudah belajar tinggi-tinggi pun, belum tentu boleh berjaya. Jadi saya pada usia muda sudah bina karier dan nama dalam bidang seni, jadi saya teruskan sahaja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI