fbpx

Pusat pelupusan sampah Mak Chili terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di Pusat Pelupusan Sampah Mak Chili, Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Lebih satu hektar kawasan pusat pelupusan sampah milik Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di Kampung Mak Chili, di sini terbakar sejak kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, kebakaran tapak pelupusan sampah itu disyaki disebabkan aktiviti manusia termasuk pembakaran sampah tanpa kawalan oleh pencari barangan terpakai.

“Kebakaran tersebut menyebabkan lebih lima tan metrik sampah terbakar dan kita sedang berusaha memastikan ia tidak merebak ke kawasan lain.

“Kita menggunakan teknik pemadamam ‘fire break’ dan dan penggunaan jentera berat untuk mengorek kawasan terbakar yang berada di bawah timbunan sampah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Mohd Zailani berkata, pihak bomba mengalami kesukaran mendapatkan bekalan air bagi tujuan pemadaman di kawasan kebakaran tersebut.

Sehubungan itu, beliau berkata, sistem ‘relay pumping’ terpaksa digunakan untuk menghantar air dari kawasan perumahan berdekatan iaitu Taman Desa Solehah yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Kita jangka kerja-kerja pemadaman dilakukan 16 anggota bomba ini mengambil masa kira-kira dua hari lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI