fbpx

PU Syed tak gentar disaman Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERANI kerana benar. PU Syed tidak gentar berdepan saman Baby Shima.

PETALING JAYA: Pencetus Ummah (PU) Syed menyifatkan saman yang difailkan penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima terhadapnya sebagai ujian dalam usaha mencegah kemungkaran.

Percaya kepada kebenaran, pendakwah bebas sedikit pun tidak berasa gentar berhadapan dugaan sedemikian, sebaliknya menjadikan golongan anbiya sebagai teladan dalam berdakwah.

“Anbiya dan salafuna soleh ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak. Kita di akhir zaman ini, secebis dari itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka.

“Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa dalam masyarakat di Malaysia tercinta ini,” kongsinya menerusi Instagram.

Dalam hantaran yang dikongsi, pemilik nama Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak turut menyertakan pepatah Arab yang bermaksud berkata benar walau pun pahit dengan tanda pagar #AdeAmbeTakut.

Semalam, Baby Shima atau Nor Ashima Ramli menerusi peguam Muhammad Noor Azfar Noor Azmi menfailkan saman terhadap PU Syed dan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd. Rahman Mat Noor berkaitan kata-kata fitnah.

Muhammad Noor Azfar berkata, pihaknya memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.

Tuntutan saman itu dipercayai dibuat terhadap PU Syed yang didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.

Manakala Abd. Rahman pula pernah mendakwa penyanyi berkenaan menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI