fbpx

PRN: Larangan kempen politik di masjid, surau Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melarang sebarang program berunsur politik di semua masjid dan surau di negeri tersebut menjelang pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, semua aktivitis politik dilarang menjadi khatib dan imam solat Jumaat sepanjang tempoh kempen PRN bermula 29 Julai depan.

“Semua ahli politik dan aktivis juga dilarang menyampaikan kuliah atau ceramah agama sepanjang tempoh kempen (PRN) di semua masjid dan surau negeri ini.

“Selain itu, sebarang program atau aktiviti kempen oleh mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (berkaitan politik) juga dilarang sama sekali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Shaikh Harun berkata, larangan tersebut bertujuan menjaga keharmonian dalam kalangan masyarakat dan kemuliaan masjid dan surau negeri ini.

“Institusi masjid dan surau tidak boleh dijadikan tempat kegiatan politik kepartian yang boleh memecah-belahkan perpaduan. Agensi kerajaan berhasrat menganjurkan program sama ada kuliah atau ceramah di masjid dan surau perlu dapat kebenaran bertulis Maidam,” katanya.

Bagaimanapun, Shaikh Harun memberitahu, kelas pengajian agama sedia ada oleh pengkuliah tetap boleh diteruskan tetapi tidak boleh menyentuh isu berbaur politik. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI