fbpx

Polis Kedah bongkar eksploitasi PATI di lombong REE, Sik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol menunjukkan gambar seorang lelaki yang sedang dikesan bagi membantu siasatan kes penyeludupan manusia di IPK Kedah, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Polis Kedah berjaya membongkar kes penyeludupan manusia dengan niat mengeksploitasi di kawasan perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, aktiviti berkenaan terbongkar setelah seorang lelaki dipercayai pengurus sebuah syarikat yang dilantik mengusahakan ladang hutan itu membuat laporan palsu tentang kecurian barang di kawasan berkenaan yang sebenarnya disita oleh Jabatan Perhutanan negeri.

“Lelaki ini dipercayai ejen yang mengurus pekerja-pekerja ini yang dibawa dari negara asal diberi makan dan tempat sebelum dibawa ke kompartmen tersebut. Itulah proses yang mana menjurus kepada siasatan kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

“Polis kini mengesan lelaki berusia 46 tahun yang melarikan diri bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Katanya, buruh haram berkenaan dipercayai diseludup melalui sempadan Malaysia-Thailand ke kawasan Kompartmen 12 Bukit Enggang itu.

Mengulas lanjut, kata beliau, setakat ini polis berjaya menahan sembilan individu termasuk empat PATI di lombong berkenaan sejak 21 Jun lepas.

“Pada 21 Jun seramai empat suspek terdiri tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan ditangkap berusia 22 hingga 30 tahun. Pada 25 Jun, dalam operasi sama, polis menangkap seorang lagi suspek warga tempatan di Baling.

“Dalam pemeriksaan dilakukan polis berjaya menangkap empat lelaki PATI serta merampas beberapa peralatan disyaki melombong REE,” katanya.

Tambahnya, turut dirampas empat guni setengah berisi mineral disyakit REE seberat lebih kurang 99 kilogram (kg).

“Berikut tangkapan dan rampasan tersebut, satu siasatan berasingan turut dijalankan di bawah Seksyen 26A Atipsom 2007, Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Empat suspek berkenaan dituduh di Mahkamah Sesyen Baling semalam dengan 18 pertuduhan berasingan. Bagi pertuduhan di bawah Atipsom jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup dan sebatan,” katanya.

Pada April lepas, 52 lelaki warga asing ditahan dengan 40 daripadanya sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Baling atas kesalahan menceroboh hutan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI