fbpx

PN perlu minta maaf perbuatan biadab Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) digesa mengeluarkan permohonan maaf dengan serta-merta berhubung kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya gabungan itu, Datuk Muhammad Sanusi Md. Nor yang mempertikaikan kewibawaan institusi kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata, PN juga tidak boleh lagi mengaitkan Sultan Selangor dalam kempen pilihan raya dan ceramah politik.

Katanya, kenyataan dikeluarkan Muhammad Sanusi itu merupakan satu tindakan biadab, celupar, dan tidak wajar dalam adab orang Melayu terhadap Raja.

“Institusi diraja adalah berdaulat dan tidak seharusnya dilemparkan dengan tuduhan tidak berasas demi meraih sokongan.

“Malah Sultan Selangor dalam titah baginda pada 19 Jun lalu mengingatkan agar parti politik tidak memainkan isu agama, kaum dan isu sensitif lain yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor selain meremehkan pelantikan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Kedah itu yang mempertikai serta melanggar larangan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) semasa kempen PRN.

Mengulas lanjut, Juwairiya turut menyeru agar titah Sultan Selangor tersebut dihormati dan ditaati sepanjang tempoh berkempen.

“Tindakan biadab dan celupar yang ditampilkan oleh PN dan Muhammad Sanusi tiada tempat di bumi Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI