fbpx

‘Pengemis paling kaya’ miliki harta bernilai RM4.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bharat memiliki sebuah pangsapuri dua bilik tidur di Mumbai serta dua buah kedai di Thane yang disewakan. – India.com

NEW DELHI – Seorang pengemis di Mumbai, India yang menampung kehidupannya dengan meminta sedekah daripada orang ramai digelar ‘pengemis paling kaya di dunia’ oleh media negara itu yang mendakwa dia memiliki harta bernilai lebih 75 juta rupee (RM4.2 juta), lapor laman berita Oddity Central semalam.

Ketika pengemis-pengemis lain hanya beroleh beberapa ratus rupee setiap hari, Bharat Jain dilaporkan menjana pendapatan antara 2,000 hingga 2,500 rupee (RM112.53 hingga RM140.67) setiap hari.

Dia mengemis di lokasi-lokasi sibuk di Mumbai seperti stesen kereta api Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus atau Azad Maidan selama bertahun-tahun sehingga membolehkan dia memperoleh pendapatan lumayan.

Nilai kekayaan Bharat dianggarkan sekitar 75 juta rupee (RM4.2 juta) dan ia termasuk sebuah pangsapuri dua bilik tidur di Mumbai yang bernilai 12 juta rupee (RM675,260) serta dua buah kedai di Thane yang disewa pada harga 30,000 rupee (RM1,688) sebulan.

Pendapatan bulanan Bharat pula dianggarkan antara 60,000 rupee (RM3,376) hingga 75,000 rupee (RM4,220), satu kadar melebihi kebanyakan pekerja di India.

Menurut laporan akhbar Economic Times, Bharat sebelum ini tidak mampu meneruskan pendidikannya, yang menyebabkan dia terpaksa mengemis untuk meneruskan hidup. 

Anak-anaknya bagaimanapun tidak mengikuti jejak langkahnya kerana mereka berjaya menamatkan sekolah dan sudah pun bekerja.

Keluarga Bharat dilaporkan sering memujuknya agar berhenti mengemis dan tinggal bersama mereka, namun lelaki itu enggan mengikut nasihat mereka.

Bharat telah pun menjadi tajuk-tajuk berita di India mengenai pendapatannya sejak 2015 ketika reputasinya sebagai pengemis kaya mula berkembang dan sehingga kini, berita mengenainya terus mendapat perhatian ramai. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI