fbpx

Pemilik Alphard guna ‘beacon light’ dipanggil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kereta tersebut yang menggunakan lampu mata arah (beacon light) dan lampu strob (strobe light) di Lebuh Raya NKVE, semalam.

PETALING JAYA – Polis memanggil pemilik kereta jenis Toyota Alphard yang menggunakan lampu mata arah (beacon light) dan lampu strob (strobe light) seperti yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, berdasarkan rakaman kamera papan pemuka, kejadian sebenar berlaku semalam, pukul 6.20 petang di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

“Berdasarkan hasil pemerhatian, insiden tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Pemilik kenderaan jenis Toyota Alphard akan dipanggil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Kaedah 94, Kaedah-kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 170/59.

“Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI