fbpx

Pelajar ditendang kepala lepas tegur rakan sebar video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar menerima rawatan di hospital selepas ditendang di kepala oleh rakan sekelasnya.

PETALING JAYA – Seorang pelajar lelaki ditendang kuat di kepala sehingga menyebabkannya lumpuh hanya kerana menegur perbuatan rakan sekelasnya menyebarkan video lucah di dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Kejadian itu diceritakan ibu pelajar tersebut menerusi hantaran pada Facebook berserta gambar anaknya yang menerima rawatan di sebuah wad di hospital.

“Mimpi buruk bagi seorang ibu apabila menerima berita yang paling ditakutkan. Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi ‘paralyzed’ tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.

“Bila mana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu. ‘My sweet little boy’, bagi yang mengenali anak saya pasti tahu betapa anak ini tidak suka keganasan, konfrontasi dan kekerasan.

“Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, orang asli dan golongan ‘vulnerable’. Tapi itulah takdir Allah yang sangat berat untuk hati seorang ibu menerimanya bila anak orang lain boleh berbuat sesuka hati terhadap anak sendiri,” katanya pada hantaran itu.

Wanita itu memberitahu, kejadian bermula apabila anaknya sebagai ketua kelas menegur rakan sekelasnya menyebarkan video lucah ke dalam kumpulan Whatsapp sekolah.

“Lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi). Mujur Allah pelihara, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama.

“Syukur Allah pelihara. Terkini anak saya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

“Doakan anak saya sembuh sepenuhnya dan jauh dari segala mudarat. Laporan polis telah dibuat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI