fbpx

Nelayan sukar turun laut selepas kaki hancur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARIN YUZRIN menunjukkan Kad OKU ketika ditemui di rumahnya di Taman Azizah, Rimba Terjun, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Kemalangan jalan raya yang menimpa seorang nelayan 11 tahun lalu telah me­ngubah kehidupannya daripada insan normal kepada orang kelainan upaya (OKU) fizikal.

Nahas yang berlaku pada tahun 2012 menyebabkan kaki kanan Farin Yuzrin Mohd. Yusof, 48, hancur sehingga terpaksa dimasukkan besi, sekali gus penyukarkannya bergerak.

Katanya, jika dahulu dia mampu melakukan kerja-kerja menjaring ikan dan udang sejauh tiga batu nautika dari pantai, tetapi kini hanya berupaya di sekitar satu batu nautika disebabkan masalah kakinya itu.

“Sebelum ini kerja saya menangkap ikan dan udang, tetapi selepas pulih daripada kemalangan, kaki saya sudah tidak kuat.

“Kaki saya ada besi, kalau menjaring ikan saya lakukan dalam keadaan duduk sebab tak boleh berdiri lama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Azizah, Rimba Terjun, di sini baru-baru ini.

Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, walaupun tidak sekuat dahulu, dia tetap cekal mengharungi ujian tersebut dalam memastikan anak-anak dapat membesar dengan sempurna serta bersekolah.

Ujarnya, pendapatan hasil kerja-kerja nelayan turut merosot apabila memperoleh antara RM50 hingga RM100 setiap kali turun ke laut.

“Isteri saya kerja kilang, dia membantu saya dalam menyara kehidupan kami sekeluarga, alhamdulillah saya juga dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa juga turun ke laut walaupun menghadapi masalah kesihatan bagi menampung bayaran pinjaman perumahan sebanyak RM400 sebulan dengan sebuah institusi kewangan.

Katanya, dia tidak boleh mengharapkan kepada pendapatan bulanan isterinya, Norhafizah Nordin, 48, kerana telah banyak membantu dalam perbelanjaan harian.

“Sebagai ketua keluarga, saya cuba melakukan kerja-kerja sampingan yang sesuai dengan keupayaan dirinya,” ujarnya.

Orang ramai yang bersimpati dengan Farin Yuzrin boleh me­nyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0112241000101170 atau menghubunginya di talian
012-7747 578.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI