fbpx

Neelofa selamat lahirkan anak kedua lelaki, umum nama hari ke-7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA kini bergelar ibu kepada dua orang putera.

PETALING JAYA – Pelakon yang juga usahawan popular, Neelofa selamat melahirkan anak lelaki keduanya pada Selasa, 11 Julai lalu.

Selepas seminggu dilahirkan, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor itu memaklumkan anak keduanya itu selamat dilahirkan dalam keadaan sihat dan diharap membesar sebagai anak yang soleh dah berbakti kepada keluarga, agama dan bangsa.

“Alhamdulillah tanggal 11 Julai 2023 pukul 10:30 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.”

“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat. Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cergas, diberi kesihatan dan umur panjang,” kongsi kepada penceramah bebas PU Riz itu dalam Instagram hari ini.

Dalam masa sama, Neelofa menitipkan doa agar dirinya dan suami, Haris Ismail menjadi ibu bapa baik buat anaknya yang baru sahaja lahir.

“Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya,” tambahnya lagi.

Dalam perkongsian lain, pengacara Next To Neelofa itu memaklumkan akan mengumumkan nama anaknya selepas hari ketujuh bayi lelaki itu dilahirkan.

Sebelum ini, tular pelakon filem Azura 2012 itu sudah melahirkan anak kedua awal Julai lalu kerana hadir ke hsopital tetapi segera menangkis dakwaan tersebut.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI