fbpx

Mayat wanita terapung d sungai Medan Pantai Jerejak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita ditemui terapung di sungai dekat Medan Pantai Jerejak, hari ini.

GEORGE TOWN – Mayat seorang wanita dipercayai warga emas dijumpai terapung di muara sungai dekat Medan Pantai Jerejak, di sini hari ini.

Mayat yang lengkap berpakaian itu dijumpai kumpulan nelayan kira-kira pukul 11.50 pagi tadi sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Sumber bomba berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan untuk mengangkat mayat daripada pihak polis pada pukul 11.52 pagi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru.

“Mayat wanita berbangsa Cina dengan anggaran umur 60-an itu ditemui dengan lengkap berpakaian dan tiada pengenalan diri.

“Mayat tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.33 tengah hari,” katanya kepada Kosmo!, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI