fbpx

KPDN jangka terima lebih 40,000 aduan kepenggunaan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (dua kiri) ketika melancarkan aplikasi Aduan Suri peringkat negeri Selangor.

KUALA SELANGOR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangkakan menerima lebih 40,000 aduan kepenggunaan aplikasi menerusi Aduan Suri.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, ini berdasarkan peningkatan aduan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sebanyak 18,109 aduan berbanding sepanjang tahun lalu sebanyak 29,265 aduan.

Katanya, ini membuktikan tahap kesedaran di kalangan pengguna semakin meningkat dalam mengetahui hak mereka.

“Kalau kita perhatikan dan sekiranya trend sama ini berterusan (Aduan Suri) akan menerima lebih 40,000 aduan tahun ini.

“Jadi, apabila pengguna memahami hak mereka dan undang-undang yang melindungi mereka membuatkan pengguna semakin bijak untuk mengelak ditipu,” katanya selepas merasmikan program outreach sara hidup dan Aduan Suri peringkat negeri Selangor, di sini hari ini.

Fuziah memberitahu, berdasarkan aduan itu didapati paling tinggi melibatkan kategori transaksi dalam talian, harga dan perkhidmatan mengelirukan.

Jelas beliau, bagi negeri Selangor sepanjang tahun lalu sebanyak 8,374 aduan diterima dengan 98 peratus daripadanya telah selesai diambil tindakan.

“Malah, dari keseluruhan aduan itu didapati sebanyak 52 peratus aduan terdiri daripada golongan wanita.

“Ini menjadi penunjuk pengguna terutama golongan wanita khususnya suri rumah menyedari dan memahami akan hak mereka untuk menyalurkam aduan kepada kementerian apabila berlakumya sebarang salah laku di pihak yang diadu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI