fbpx

[KEMAS KINI]: 10 rakyat Malaysia gagal dihubungi ketika ekspedisi di India selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah kawasan di Wilayah Utara India yang terjejas akibat kejadian banjir.

PETALING JAYA – Kementerian Luar memaklumkan 10 rakyat Malaysia serta masing-masing seorang warga China dan British yang tidak dapat dihubungi berikutan fenomena hujan lebat di Pergunungan Manali, Himachal Pradesh, India dalam keadaan selamat.

Dalam satu kenyataan malam tadi, kementerian menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi mengesahkan telah dapat berhubung dengan salah seorang daripada sepuluh rakyat Malaysia tersebut.

“Maklumat terkini yang diperolehi adalah hanya 10 rakyat Malaysia yang terlibat manakala dua lagi adalah rakyat China dan British. Kedua-dua rakyat asing tersebut juga dilaporkan dalam keadaan selamat.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan selamat di Manali.

“Berikutan perkembangan ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan berusaha untuk membawa keluar kumpulan tersebut ke New Delhi pada hari Khamis, 13 Julai 2023 (hari ini),” katanya.

Ujarnya, sekiranya rancangan evakuasi berjalan dengan lancar, kumpulan tersebut dijangka akan mengambil penerbangan pulang ke Malaysia pada hari yang sama.

“Kementerian mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan segera yang diberikan oleh pihak berkuasa Kerajaan India dalam usaha mengesan kesemua rakyat Malaysia tersebut,” tambahnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Kementerian Luar giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengesan 12 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi di negara itu.

Wisma Putra dipetik berkata, usaha itu dijalankan susulan laporan sekumpulan rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi keluarga masing-masing berikutan fenomena hujan lebat melanda Wilayah Utara India pada Ahad lalu.

Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan itu sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI