fbpx

Kata jaga Melayu, Islam, kekayaan berbilion ringgit – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada program Cakna Madani bersama Agensi Penguatkuasa 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Gambar oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat pemimpin parti Melayu dan Islam menggunakan kuasa untuk mengayakan diri, keluarga dan keturunannya.

Menurutnya, selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau telah melihat segala fail yang mendedahkan bahawa negara telah mewarisi satu sistem yang telah rosak.

Kata beliau, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan negara dapat diurus dengan baik dan mengelak daripada terus berlaku amalan ‘menyakau’ kekayaan negara.

“Bercakap berdegar-degar jaga Melayu, Islam, jaga negeri, tapi masing-masing mempunyai kekayaan berbilion ringgit. Sebab itu bila orang jerit kuat-kuat nak tolong Melayu, saya tengok muka-muka ini kalau betul dia kaya, saya kata nak tolong Melayu, silakan.

“Harta kamu berbilion-bilion itu serahkan setengahnya kepada orang Melayu…dari mana kamu dapat berbilion itu?” katanya ketika berucap pada program Cakna Madani Perdana Menteri bersama Agensi Penguatkuasaan di sini hari ini.

Anwar turut mencabar mana-mana pemimpin parti politik yang memperjuangkan hak rakyat untuk memulangkan kembali kekayaan mereka itu demi menyelamatkan negara.

“Saya bukan bercakap ini sebagai agenda politik, tapi sementara saya di sini, saya jamin apapun serangan yang mereka lemparkan, saya tidak akan tolak ansur sama sekali.

“Saya tidak akan izinkan negara ini dan pemimpin-pemimpin menggunakan kuasa mencuri harta rakyat dan merosakkan negara. Jadi saya memohon kerjasama penguatkuasaan untuk melaksanakan amanah dengan baik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI