fbpx

Hina Sultan Selangor: Kertas siasatan terhadap Sanusi dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Muhammad Sanusi yang mempertikai serta melanggar larangan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Razaruddin menjelaskan, kertas siasatan berhubung sentimen 3R itu akan mengambil masa selama tujuh hari sekali gus bagi memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Kita mempunyai 21 pegawai yang akan menyiasat perkara ini yang mana kita lihat isu ini kerap dimainkan terutamanya apabila hampir pilihan raya.

“Saya juga telah memberitahu sebelum ini bahawa apa-apa jua perkara sensitif melibatkan 3R kita akan siasat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bukit Aman, di sini petang tadi.

Jelasnya lagi, sebanyak 61 kertas siasatan berhubung sentimen 3R telah dibuka sejak 27 Mac lalu termasuk kes terbaharu melibatkan Menteri Besar Kedah itu.

Mengulas kertas-kertas siasatan yang dibuka tersebut, seksyen yang berkaitan dengan isu 3R adalah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Akta Hasutan.

“Saya boleh katakan di sini bahawa siasatan-siasatan yang telah kita lengkapkan akan dihantar kepada pihak agensi termasuk kertas-kertas siasatan melibatkan ahli politik, bekas ahli politik, rakyat marhaen serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Dalam pada siasatan kita, figura-figura yang kita siasat termasuk ahli politik iaitu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor selain meremehkan pelantikan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI