fbpx

Geng Som Hendra aktif bawa masuk, keluar PATI tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD SHOFEE (kanan) menunjukkan kegiatan sindiket Geng Som Hendra yang berjaya ditumpaskan pada sidang akhbar di IPD Pontian hari ini.

PONTIAN – Kegiatan Geng Som Hendra yang aktif menjalankan jenayah rentas sempadan dengan membawa keluar pendatang asing tanpa izin (PATI)  menggunakan laluan tikus di daerah tumpas apabila lima ahli sindiket diberkas dalam empat siri serbuan di sini dan Kulai, Isnin lalu.

Dalam serbuan Op Pintas bermula pada pukul 7 malam itu, turut ditahan 26 PATI yang sedang menunggu bot untuk dibawa keluar dan baharu mendarat dari Indonesia.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kesemua PATI yang diberkas termasuk ahli sindiket masing-masing berusia setahun hingga 45 tahun.

“Lima ahli sindiket yang diberkas terdiri seorang tekong darat, tiga tekong laut dan seorang penjaga rumah penampungan masing-masing berusia 25 hingga 45 tahun.

“Kesemua 26 orang PATI yang ditahan terdiri daripada 19 lelaki, enam perempuan dan seorang bayi lelaki berusia setahun,” katanya pada sidang akhbar di IPD Polis Pontian di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, kegiatan penyeludupan migran itu dipercayai aktif sejak Jun lepas dan sindiket mengenakan caj servis antara RM2,000 hingga RM3,700 seorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI