fbpx

Dipenjara kerana tendang anggota polis atas alasan mahu pergi ke tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan dua anggota polis sedang meronda di Singapura. - AFP

SINGAPURA  –  Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 22 minggu hari ini kerana menyerang seorang pemandu teksi ketika dia memandu di dalam sebuah  terowong dan menendang seorang anggota polis, lapor portal berita Today.

Dalam hujah pembelaan, tertuduh mengaku menendang anggota polis itu, Namun, tindakan tersebut  ‘bukan kemahuannya’ kerana ketika kejadian, dia mabuk dan perlu pergi ke tandas.

Lelaki itu berdepan pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada penjawat awam dan menyebabkan kecederaan secara sukarela.

Mahkamah mendengar bahawa mangsa iaitu seorang pemandu teksi berusia 73 tahun, mengambil warga China itu pergi minum bersama rakan-rakannya dan selepas teksi itu memasuki Lebuhraya Kallang-Paya Lebar (KPE), tertuduh menumbuk kepala dan leher mangsa.

Pemandu teksi itu menggunakan satu tangannya untuk menghalang serangan dan sebelah lagi untuk mengawal stereng kereta. Dia akhirnya menemui lokasi selamat lalu berhenti dan  melarikan diri sebelum menghubungi polis.

Warga China itu juga membuang air besar di tepi jalan yang turut dilihat oleh saksi sebelum polis datang. Semasa ditahan tertuduh menendang anggota polis sebanyak dua kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI