fbpx

112 calon STPM Terengganu catat PNGK 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasman (tengah) menyampaikan sijil penghargaan sekolah terbaik STPM Terengganu 2022 kepada Pengetua SMK Penarek, Lukman Mahmud di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.04 pada keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 yang diumumkan, hari ini.

Keputusan itu peningkatan berbanding PNGK 3.03 yang dicatatkan tahun lalu sekali gus mengatasi PNGK kebangsaan kali ini iaitu 2.82.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Terengganu, Kasman Embong berkata, seramai 112 calon STPM negeri memperolehi semua A dengan PNGK 4.00.

Beliau berkata, ia adalah peningkatan hampir sekali ganda berbanding hanya 64 orang pelajar memperolehi keputusan cemerlang sama pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI