fbpx

Tiga lelaki pecah masuk tadika diberkas selepas dikejar 4km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta dinaiki tiga penjenayah berjaya ditahan di Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput selepas dipercayai memecah masuk sebuah tadika, Ahad lalu.

SUNGAI SIPUT – Polis menahan tiga lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memecah masuk sebuah tadika di Taman Heawood, di sini Ahad lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 29 tahun itu diberkas di Taman Tun Sambanthan selepas dikejar polis sejauh empat kilometer.

Video kejadian berdurasi 45 saat itu tular di media sosial Tiktok dengan memaparkan kenderaan polis mengejar suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna kuning.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan pada pukul 3 pagi.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, polis ke lokasi kejadian dan menjumpai kereta tersebut sebelum mengarahkan pemandu berhenti untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, pemandu enggan berhenti dan memaksa polis mengejar sejauh empat kilometer sebelum berjaya menahan kereta itu di Taman Tun Sambanthan.

“Pemeriksaan dalam kenderaan tersebut menemui barang-barang elektrik dan peralatan disyaki digunakan dalam kejadian pecah tadika,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek memiliki rekod bersabit kes jenayah dan dadah selain positif dadah.

Katanya, kesemua mereka ditahan reman lima hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI