fbpx

TDM terima RM110 juta baik pulih kediaman, bangunan usang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad (kiri) memakaikan Beret Kor kepada Anggota Sukarela pada Perbarisan Penyerapan Pegawai dan Anggota Sukarela Yang Dipertugaskan Sepenuh Masa Ke Dalam Angkatan Tetap di Padang Kawad Kem Kementah, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tentera Darat (TDM) menerima peruntukan sebanyak RM110 juta bagi tujuan membaik pulih kediaman pegawai dan anggota di seluruh negara.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman berkata, peruntukan itu adalah penting dalam meningkatkan kebajikan warga TDM.

“TDM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerana meluluskan peruntukan RM200 juta untuk ATM secara keseluruhannya.

“Setakat ini difahamkan sebanyak RM110 juta akan diperuntukkan kepada TDM bagi memperbaiki, menambah baik dan menyelenggara rumah-rumah keluarga, bangunan penginapan usang yang dilihat dapat membantu warga TDM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Perbarisan Penyerapan Pegawai dan Anggota Sukarela yang Dipertugaskan Sepenuh Masa ke dalam Angkatan Tetap, di Kem Kementah di sini hari ini.

TSebelum ini, kerajaan meluluskan peruntukan segera RM200 juta bagi membaik pulih kediaman ATM berikutan banyak kediaman berada pada tahap sangat teruk dan terbiar untuk sekian lama.

Pada masa sama, seramai 26 pegawai dan 468 anggota sukarela yang dipertugaskan sepenuh masa diserap ke dalam Angkatan Tetap melibatkan 15 Kor dan Rejimen TDM selepas mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-608.

Mohammad berkata, penyerapan kali ini merupakan antara yang terbesar selepas tiga tahun tertunda akibat pandemik Covid-19.

“Pada peringkat awal, seramai 37 Pegawai dan 781 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menghadiri Lembaga Penyerapan yang diadakan pada Mei lalu di lima zon pemilihan.

“Penyerapan ke dalam Angkatan Tetap ini dapat membantu menjaga kebajikan mereka melalui pembayaran pencen, peluang untuk melanjutkan pelajaran di bawah tajaan perkhidmatan, berpeluang untuk berkhidmat di luar negara dan kemudahan untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI