fbpx

TdF: Pogacar sedia tentang taktikal Jumbo-Visma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR ketika ini hanya ketinggalan 17 saat di belakang musuh utamanya, Vingegaard menjelang saingan peringkat ke-10 TdF 2023. - AFP

ORCINES, Perancis – Bintang berbasikal Slovenia, Tadej Pogacar memberi amaran bahawa dia bersedia menghadapi tekanan daripada pasukan Jumbo-Visma yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan jersi kuning di Tour de France (TdF).

Pelumba UAE Emirates tersebut sedang memburu jersi kuning disarung musuh utama, Jonas Vingegaard (Jumbo-Visma) yang mendahului 17 saat selepas dia memperagakan kayuhan terbaik ketika menakluk gunung berapi Puy de Dome pada Ahad lalu.

Ketika ini, persaingan antara pemenang dua kali Pogacar dan juara bertahan, Vingegaard menjadi semakin menarik selepas kedua-dua pelumba itu memperagakan strategi masing-masing dalam baki perlumbaan TdF.

“Saya mempunyai momentum terbaik ketika ini. Setiap hari saya berasa baik dan bersemangat untuk memulakan pertarungan. Hari ini (semalam) adalah hari rehat yang baik dan saya bersedia untuk berlumba lagi esok,” kata Pogacar.

Dalam pada itu, Pogacar turut membalas kritikan yang dilemparkan pasukan Jumbo-Visma selepas mendakwa dia bergelut melakukan kayuhan terbaik selepas mengambil masa 35 minit untuk menawan perlumbaan di puncak pendakian Puy de Dome.

“Mereka tidak tahu semua latihan saya atau semua data perlumbaan saya. Mereka tidak tahu berapa berat saya, mereka tidak tahu banyak tentang saya.

“Mereka boleh mengkritik dan menilai kemampuan saya, tetapi saya boleh memberitahu anda terdapat hari yang kita mampu lakukan lebih baik dari semalam.

“Saya fikir mereka akan mencuba segala-galanya untuk cuba menghalang saya sekali lagi. Saya mempunyai motivasi yang cukup baik dan bersedia untuk segala-galanya,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI