fbpx

Taikun supercar ditangkap kerana pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cong Khanh bergambar dengan bilik jualan keretanya sebelum dia ditangkap kerana pecah amanah baru-baru ini. - Phan Cong Khanh/ Facebook

HANOI – Kisah inspirasi seorang pengedar dan pengumpul supercar atau kereta mewah, Phan Cong Khanh yang menjadi kaya sebelum pernah hidup susah mungkin bakal berakhir selepas dia ditahan polis baru-baru ini, lapor laman berita VnExpress semalam.

Pihak berkuasa Vietnam melaporkan bahawa Cong Khanh ditahan selepas disiasat atas dakwaan pecah amanah untuk memperoleh harta.

Penangkapan itu mendapat perhatian ramai kerana dia menjadi terkenal sebagai taikun supercar di Vietnam.

Cong Khanh memulakan perniagaan itu selepas bersara daripada pasukan bola tampar profesional pada 2016 akibat kecederaan ligamen jari sejurus dia dipanggil menyertai pasukan kebangsaan.

Dia membuka perniagaan supercar selepas menjual semula motosikal terpakai.

Cong Khanh membeli kereta pertamanya, Ford Mustang pada akhir 2016 dan membeli kereta kedua, Audi R8 model 2009, setahun kemudian sebelum menyimpan koleksi beberapa kereta super terkenalnya.

Perniagaannya mula berkembang dengan lebih pesat sejak tiga tahun lalu apabila dia mula mengimport beberapa supercar paling berprestij di Eropah termasuk Rolls-Royce, Ferrari, Lamborghini, dan Porsche. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI