fbpx

Suami tembak isteri disyaki curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ding menembak isterinya menggunakan senapang patah yang dimiliki secara sah. - Mothership

TAIPEI – Seorang wanita berusia 77 tahun di Taiwan ditembak oleh suaminya yang berusia 92 tahun selepas mengesyaki mangsa berlaku curang, lapor laman berita Mothership hari ini.

Kejadian itu berlaku di daerah Yilan pada Ahad lalu. Media Taiwan melaporkan bahawa pasangan itu sudah berkahwin selama lebih 50 tahun.

Bagaimanapun ketika kejadian, hubungan suspek, Ding dan isterinya dikatakan berantakan. Menurut polis, pasangan itu telah berselisih faham untuk sekian lama.

Pada Ahad lalu, pasangan itu bertengkar mengenai perkara remeh. Mangsa kemudian dilaporkan berlari masuk ke biliknya sebelum menutup pintu.

Dalam keadaan marah, suspek melepaskan tembakan ke arah bilik menyebabkan isterinya yang berdiri di belakang pintu cedera.

Bunyi tembakan mengejutkan dua anak mereka yang sedang tidur di bilik sebelah sebelum mereka menghubungi polis.

Ketika disoal siasat, suspek berkata, dia mengesyaki isterinya mempunyai teman lelaki dan menyembunyikannya di dalam bilik. Justeru, dia mengambil keputusan untuk menembak wanita itu.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas peluru senapang patah itu dikeluarkan dari paha dan perutnya dalam satu pembedahan di hospital.

Dia kemudian memfailkan perintah perlindungan kecemasan daripada Mahkamah Daerah Yilan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI